Program Temuduga Terbuka Dan Pendaftaran Myfuturejobs Perkeso

11 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 10 September 2025 (Sabtu), telah berlangsung Program Temuduga Terbuka & Pendaftaran MyFutureJobs di NADI Semanggar Dalam dengan kerjasama PERKESO Johor Bahru. Program ini dijalankan dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang dan mendapat sambutan daripada pencari kerja di sekitar kawasan Kota Tinggi dan Kulai.
Program ini memberi peluang kepada pencari kerja untuk menghadiri temuduga terbuka bersama Syarikat Celestica Sdn. Bhd., selain turut dibuka kaunter pendaftaran MyFutureJobs bagi membantu mereka mendaftar ke dalam sistem pekerjaan nasional tersebut.

Selain itu, NADI turut menyediakan perkhidmatan Smart Services seperti pendaftaran keahlian percuma, saringan kesihatan percuma melalui program NADI X Wellbeing, serta penerangan mengenai pelbagai inisiatif kerajaan melalui NADI X Inisiatif Kerajaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali